Posts tagged ‘ilmu ketuhanan’

2 Oktober 2012

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

oleh alifbraja

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat membez akan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

 

 

TAUHIDUL SIFAT

Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan ulamak ilmu ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila Zat yang Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak ilmu ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat ini dan mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim (Sifat Asma ul Husna) di istilahkan kepada sifat Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat Ma’anawiyah memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani itu sifat qudrat maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu memper olehi kuasa dan demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu adalah makhluk. Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan istilahnya didalam keilmuan ini supaya di fahami oleh manusia untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia dan perhu bungannya dengan Tuhan dan menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini melahirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat pada setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti yang tersenarai di bawah ini:

 

1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud

2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat

4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan kepada semua sifat dua puluh itu adalah kerana mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bert araf makhluk Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakanaberdiri atau mengharapkan pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba, iaitu hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumber dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di kenali juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat , iaitu Zat Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunju kkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orangorang yang mengenal Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu

INSAN KAMIL

 

Yang menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada manusia supaya mengenal dan mememiki rkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahaw a sifat Maani itu adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.

 

TAUHIDUL AF’AL

 

Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka terperan gkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilann ya atau kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu

Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan lagi FirmanNya:…

Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah , dan sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah datang disebabkan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman: Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal 17) Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datangnya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsu nya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna sifa t jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef kehidu pan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perin tah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan kesempurnaan.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 136 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: