Nama diri Rahasia Allah

oleh alifbraja

Perkara kita menuntut ilmu..di saat kita sulit memahami sesuatu
 soalan berkaitan ketuhanan.. cubalah tafakurkan insyaallah ada jalanya yang diberikan Allah.. itu adalah Rahmat dari Allah…menjadi sutu temuan..(penemuan yang baru).

Cuba fikirkan, kenapa Tuhan dinamakan Allah?

Jawapannya:

1                   Kerana  ada Dzat, ertinya  diri Allah taala,  tetapi jangan Dzat mutlak semata, dia  mempunyai nama Asli (nama yang Ke-100).

2                   Kerana ada sifat, ertinya ada rupa

3                   Kerana ada asma (nama Asli), baru nama pangkatnya iaitu Tuhan, dan nama jabatannya Allah.

4                   Kerana ada afaal, ertinya kelakuan.

.Segala kesempurnaan dzat, sifat,  asma dan afaal itu terhimpun dan  dinamakan  RAHASIA, (pada nama yang ke-100).
Mari kita perhatikan tentang tajali secara ringkas:

1                   Tajali dzat

2                   Tajali sifat

3                   Tajali Asma

4                   Tajali afaal

Tauhid pula secara ringkas:

Tauhidnya adalah untuk mensyahkan rukun Syahadat, yang berjumlah empat perkara:

  1. Tauhidul dzat, iaitu mengesakan pada zat, iaitu yang ada  pada nama Rahasia (mengesakan dzat pada Rahasia)
  2. Tauhidul sifat, iaitu mengesakan sifat, iatu pada  nama Rahasia
  3. Tauhidul asma, iaitu mengesakan asma, iaitu pada   nama Rahasia
  4. Tauhidul afaal, iaitu mengesakan afaal, iaitu pada nama Rahasia.
     

Walhasil daripada makrifat adalah RASA (merasakan), iaitu dapat  merasakan rasa roh, iaitu seperti apa rasanya.  Dapat pula merasakan rasa Rabbani (ketuhanan), iaitu seperti apa rasanya.

Walaupun 1000 tahun mendefinasikan Allah, jikalau  belum merasakan, maknanya belum berhasil menemui Allah, seperti   mengkhayalkan perkahwinan, tetapi belum berkawin, pasti tidak tahu bagaimana rasanya berkawin.

Teka-teki ini kalau anda temukan, anda antara percaya dan tidak percaya, antara yakin dan tidak yakin.
JADI KEBENARAN BERADA  DI ANTARA YAKIN DAN TIDAK YAKIN, ANTARA IA DAN TIDAK IA.  TETAPI KALAU SUDAH YAKIN APABILA DI SEBUT NAMA ASLINYA (nama yang ke-100)  MAKA BERGETARLAH HATINYA..

Nama Rahasia Allah nampak aksara arabnya (alif, lam, lam ha) (pada wajah kita)  cubalah (berdiri di hadapan cermin) bercermin.. di  huruf apa hidung, dua lobang hidung, huruf apa pada  kedua mata, hurup apa, mulut dan telinga,  sesudah mulut dan telinga, maka dirahsiakan (nama itu) jangan sampai didengar orang,  setelah tahu nama Rahasia maka  tutuplah mulut (jangan beri tahu), tutup telinga..(agar ia menjadi Rahasia).

Mudah-mudahan faham, perkara ini tidak boleh diberitahu secara langsung, hanya dengan isyarat-isyarat jua.

Kesimpulan Keakuan.

KESIMPULAN AKUAN  PADA   NAMA RAHASIA,  kepada  Allah kena,  kepada  hamba pun kena, sekali  sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada  nama RAHASIA Allah, (nama yang ke-100),  nama Aslinya disebut ismu al adzim, iaitu sebelum mengetahui Nama Dzat Aslinya (nama yang ke-100):

Sedangkan ALLAH, adalah nama jabatan untuk puji-pujian dan TUHAN ialah nama Pangkatnya..juga untuk puji-pujian.  Nama pangkat dan nama jabatan boleh  dinyaringkan.. tetapi apabila  menduduki   nama RAHASIA tidak boleh dinyaringkan.. ( kerana ia adalah Rahasia).

Seorang salik harus mencari Guru yang murabi mursid untuk menyampaikan Nama Rahasia tersebut..harus dibaiat kerana sifatnya  sangat  Rahasia…. sekalipun (tidak diberitahu kepada ) anak kita sendiri..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: